Thursday, May 28, 2009

Kiamat sudah dekat

Cerita ini berkisahkan tentang seorang pemuda yang sejak lahir tidak mengerti apa itu islam dan tidak mengamalkan kehidupan islam. Pada suatu hari, pemuda itu melalui kawasan setinggan.Secara tiba-tiba pemuda itu terkena cebisan ais krim kerana gurauan kanak-kanak disitu. Pemuda itu pun pergi ke masjid untuk membersihkan bajunya yang terkena ais krim itu. Kemudian ada seorang kanak-kanak yang amat meminati muzik rock telah ternampak kasut pemuda itu di luar masjid. Dia kemudian telah mengambil kasut itu dah lari. Pemuda itu menyedari lalu mengejar kanak-kanak itu. Sedang berkejaran, pemuda itu sampai di satu rumah dan ternampak seorang wanita. Di situ la bermulanya cinta pemuda itu.Cinta yang berteraskan islam...

Untuk video opening..Klik link ni..
http://www.youtube.com/watch?v=cz2N5myy-pk

Cinta Pandang Pertama..


Cinta Pandang Pertama Kau hadir tanpa ku duga Berputiknya cinta hatiku berbunga Kemesraan di jalin janji di cipta Harapan menggunung hidup bersama 02 tahun menyemai cinta Onak dan duri di rintangi bersama Angin datang membawa bicara Akhirnya ikatan terlerai juga Kau ku lepaskan walau tanpa rela Perasaan terguris hatiku terluka Bahagia di mata hilang segala Diriku terseksa batinku merana 04 tahun memendam rasa Namun dirimu juga yang bertakhta Doa ku pohon akhirnya kau menjelma Adakah cinta masih berbisa? Kini kasih bertaut kembali Ku pinta kali ini kekal abadi Ikatan ini kan ku simpul rapi Cinta pandang pertama kekal di sanubari

Tuesday, May 12, 2009

Lelaki yang sejati..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

Tips untuk jumpa cinta sejati..


1. Jangan mencarinya. Cinta tidak
datang pada seseorang yang mencarinya. Jika memang Anda baru saja mengakhiri
suatu hubungan, fokuslah pada diri dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Tidak
perlu terburu-buru mencari cinta yang baru, dan nikmati kesendirian Anda.
2. Beri waktu untuk diri sendiri.
Temukan aura positif Anda. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara
otomatis aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan
melihatnya. Itulah daya tarik bagi diri Anda.
3. Jika sudah siap untuk membuka
lembaran baru bagi hubungan, maka mulailah memilih karakter pasangan seperti
apa yang diidamkan. Tak hanya dari segi fisik namun juga mental dan
kepribadian.4. Bergaul dan hang out. Hal itu
akan membuka kesempatan bagi Anda untuk bertemu orang baru. Siapa tahu salah
satu di antara mereka adalah cinta sejati Anda.
5. Berani ambil risiko. Jika
suatu hari Anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriteria cinta
sejati, jangan ragu untuk mengambil langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin
hubungan. Karena kesempatan tak datang dua kali.
6. Yang paling penting, cintai
diri Anda terlebih dahulu. Hiduplah dengan bahagia dan jangan pernah melepaskan
harapan. Yakinlah, setiap orang diciptakan berpasangan. Masalahnya hanyalah
mendapatkan orang yang tepat, di waktu yang tepat..

Beza Cinta dan Suka..

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka..

Bukti Cinta Sejati..


Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”Betapa mulianya perempuan buta itu..renungkan la..adakah anda sudah bertemu dengan cinta sejati anda??

Renungan..

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”

Puisi Cinta

Layang-layang cinta..

Sayang..
Cintaku padamu satu..
Tiada dua dalam hatiku..
Engkaulah pertama dan terakhirku..
Engkaulah hidup matiku..

Sayang..
Ku tahu kau tak berdaya..
Mengharung derita sengsara..
Tatkala dikau terpaksa..
Pesanan nenda harus kau laksana..

Sayang..
Ku tahu kau tersepit..
Di antara keluarga dan cinta..
Namun, apakan daya..
Keturunan jadi pembeza antara kita..

Puisi cinta..

Kau bukan milikku..

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…

Namun hati ini dah terukir namamu…

Mana mungkin aku mampu hapuskan

Ukiran namamu dihatiku…

Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,

Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…

Aku tak mampu lakukan apa-apa…

Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…

Aku sedar hati aku milikmu….

Tapi hatimu miliknya…


Layang-layang cinta..


Selamat Hari ibu..


Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Cinta menurut islam..

Korang pernah tgk citer Cinta Madinah?Cerita tu mengisahkan seorang pemuda yang mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran di Madinah Al Munawwarah..Tempat di mana Nabi Muhammad SAW dimakamkan..dalam citer ni, pemuda 2 namanya safuan yang dibintangi Zul Yahya..Safuan ni seorang anak sawah dan menetap di Kedah..Ayah safuan telah meninggalkan safuan dan emaknya di kampung..dia membawa diri ke Madinah..safuan telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Madinah..Di madinah dia ada berjumpa dengan seorang usahawan melayu yang berjaya disana..tetapi lama kelamaan barulah dia tahu yang usahawan itu adalah ayah kandung dia..waktu 2 mak dia pun ada sekali..mak dia datang untuk kerjakan haji dan umrah..waktu 2 memang sedih..yang bestnya, safuan jatuh cinta dengan adik kandung lain mak sendiri..memang sedih diorang..tapi hubungan cinta diorang memang romantik..takde sentuh2 tangan..takde nak keluar tengok wayang..huhu..ni ada dipostkan link untuk lagu tema cinta madinah dan ada lagu arab..lagu arab ni lagu jiwang..tp best..

Lagu arab jiwang..

Lagu tema cinta madinah..tp pendek jer..kalau nk dgr full,kena la tgk citer dia..

Tips untuk kekal dalam hubungan..

1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

6. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

7. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

8. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

9. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

10. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

11. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

12. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

13. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

14. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

15. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

16. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

17. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

18. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

19. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

20. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

21. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

22. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

23. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

24. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Tips penting dalam bercinta..


Kenikmatan bercinta memang menjadi harapan setiap suami istri. Tapi sayangnya tak selamanya acara bercinta selalu sesuai dengan harapan. Untuk itu ada baiknya anda mengetahui beberapa tips dan trik berikut agar acara bercinta menjadi aktivitas yang paling berkesan bagi anda dan suami tercinta.

Persiapan
Ada dua macam persiapan. Persiapan yang baik, atau tanpa persiapan sama sekali. Yang pertama akan “menghasilkan” hubungan sex yang teratur, romantis dan terjaga ritmenya. Sedangkan yang kedua biasanya berjalan spontan dan meletup. Coba kombinasikan keduanya.

Suasana
Persiapkan suasana yang tepat sebelum bercinta. Berpakaian yang seksi, sedikit pijatan bagi suami, dan sentuhan-sentuhan mesra merupakan cara yang tepat untuk menunjukkan anda ingin diperlakukan “sedikit lain”.

Perhatikan waktu
Ketika sedang letih, pilihan yang terbaik tetap sex kilat. Jika anda atau pasangan terlalu letih, permainan pembukaan yang terlalu panjang dan bertele-tele bisa-bisa membuat anda tertidur.

Kenali Pasangan
Untuk dapat menikmati sex nyaman, anda berdua harus mengetahui pasangan anda dengan baik. Di bagian mana ia terangsang untuk disentuh, dibagian mana ia tak suka disentuh dan sebagainya.

Berlatih
Untuk mengetahui seluk beluk seks dan hal seksual yang berhubungan dengan pasangan, anda berdua perlu banyak “berlatih” mempraktekkan posisi baru, rabaan baru, dan lain-lain.

Eksplorasi
Eksplorasikan seluruh aspek kehidupan sex anda. Cobalah posisi baru, bercinta di ruangan yang berbeda, rayulah suami anda ketika berada di tempat umum, dan lain-lain.

Insiatif
Jangan pernah malu untuk berinisiatif. Jika suami anda terlalu “pemalu”, jangan sungkan untuk melakukan perubahan.

Cinta itu buta..Betul ke??

Ramai orang kata cinta itu buta..yeke??kadang2 dia buta gak..sbbnya bila orang bercinta ni..dia tak kan ingat dunia dah..sampaikan orang lalu depan dia pun dia tak nampak..sebab 2 la ramai sgt video skodeng kita leh tgk dalam internet..rasanya couple2 ni bila dah 'dilamun cinta', diorang dah tak perasan ada orang tengah amik video diorang..so untuk suma couple2 yang nak 'melamun cinta',pastikan buka mata..jangan la buta..silap haribulan, korang betul2 jadi buta..

Ni pengalaman cinta seorang perempuan..bacalah untuk renungan..


Sebagai freshie aku masih available pada tahun pertama pengajian. Terlalu ramai wajah-wajah kacak yang sering aku temui. Tapi aku hanya mampu memandang mereka dari jauh. Apa tidaknya masing-masing berkepit dengan awek. Tapi pada satu hari aku terpandang seorang mahasiswa; kacak, tinggi dan putih menepati citarasa ku berjalan berseorang. Aku seorang mahasiswi yang tidak peramah, mustahil aku menegur dia. Nampaknya dia juga freshie seperti aku sebab dia masuk ke dewan kuliah sama dengan roommate aku. Yang pasti jurusan major kami berbeza. Mulanya aku hanya memandang dia dalam dia dan dia langsung tidak menyedari akan kehadiran ku. Pada suatu hari aku membuat satu aksi nekad. Cewah… Aku memandang dia dari saat dia memasuki bangunan fakulti di tingkat bawah sampailah ke tingkat satu pejabat fakulti. Aku menunjukkan dia kepada kawan karib aku di sebelah. Aku berbisik “Eh Ayu, itulah budak helmet biru yang aku ceritakan kepada kau tu.” Mungkin kerana ada 2 pasang mata memerhatikan dia, dia menoleh kepada kami. Lalu kami berpura-pura berbincang topik lain sambil mata aku masih lagi menjeling dia yang ketika itu sedang menaiki tangga. Tapi kantoi sebelum dia sempat menjejakkan kaki di lantai tingkat 1 sekali lagi dia menoleh kepada kami. Mampus…dia nampak hanya aku sedang memerhatikan dia. Air mukanya berubah. Kenapa? Aku bertanya didalam hati. Selepas itu di mana saja aku bertembung dengannya dia akan mengelakkan diri. Kenapa? Apa yang telah aku lakukan sehingga dia membenci aku sebegitu rupa. Suatu hari aku masuk ke perpustakan fakulti untuk membuat rujukan. Bila sudah jumpa buku yang diperlukan aku pun duduk disebuah meja jauh ditepi dinding. Aku perasan ada satu kerusi sahaja yang ditarik dan ada buku nota diletakkan di atas meja. Sedang asyik menyalin nota pemilik buku nota itu datang. Aku mendongakkan muka melihat sipakah pelajar itu. Aku terkedu…”Si helmet biru?!” Dia juga terkejut melihat aku, dengan pantas dia mengambil buku notanya dan beralih ke meja lain. Aku hanya memandang dia dengan perasaan pilu. Kenapa?

Tahun akhir difakulti aku kembali dengan stail rambut baru. Selama ini aku biarkan rambut ditocang atau dibiarkan lepas. Rambut aku bolehlah dikatakan panjang masa tu. Tapi untuk tahun akhir ini dan kononnya semangat baru aku menggunting rambut sampai paras telinga. Nampak moden sikit. Macamlah rupa aku selama ini kampungan sangat la pula. Ehm…masa ini aku perasan seorang mahasiswa yang juga kacak, tinggi dan putih walaupun sedikit kurus dari si helmet biru. Si helmet biru? Kekal begitu sampai kali terakhir aku jumpa dia last semester tahun kedua. Ah biarlah. Si motor kuning ni akhirnya aku tahu siapa nama dia. LTC….singkatan nama dia. Kebetulan kami ada mengambil satu subjek yang sama. Aku suka sangat mengusah dia sampai akhirnya dia perasan juga. Tapi dia memang supercool…makin bertambah respek dan minat aku kepada dia. Dia tau aku memerhatikan dia tapi tidak seperti si helmet biru dia pura-pura tak nampak aku mengusha dia. Dia hanya berdiri saja disitu menunggu pintu dewan kuliah dibuka atau berbual dengan kawan-kawannya seperti biasa. Suatu hari kami bertembung di perpustakaan. Aku yang datang dulu duduk di hujung meja, meja yang sama di mana aku bertembung dengan si helmet biru. LTC datang kemudian, dia nampak aku tapi dengan selamba dia duduk di hujung meja satu lagi dan menelaah pelajaran seperti biasa. Aku tersenyum sendiri dan meneruskan pembacaan ku. Hati ku terasa berbunga-bunga.

O ya si helmet biru….Ketika sesi pendaftaran tahun akhir aku terpandang dia di pintu pejabat. Di kelihatan terkejut…terpana mungkin melihat gaya baru aku. Ahem… Tapi aku yang phobia dengan layanannya cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sempatlah juga aku melihat senyumannya. Senyuman? Kemudian kawan karib aku berkata “Sya..si helmet biru datang arah ni la”. Aku cepat-cepat beralih dari papan kenyataan yang pada fikiran aku mungkin si helmet biru nak rujuk jadual kelasnya. Kemudian cepat-cepat aku mengajak mereka melihat sesuatu diluar tingkap yang sebenarnya tak ada apa. Kawan-kawan ku hanya menurut dan melihat ke luar dengan dahi masing-masing berkerut. Yalah…aku menunjukkan sesuatu yang tak ada. Dari ekor mata aku melihat si helmet biru berpatah balik ke pintu pejabat dengan senyuman yang aku sendiri tidak tahu mentafsirkannya. Kemudian aku selalu bertembung dengan dia selepas itu, dia tidak mengelak dan tidak juga menegur aku. Aku pula yang cepat-cepat melarikan diri setiap kali bertembung dengan dia sambil dagu diangkat sedikit. Balas dendam…Dan setiap kali jugalah dia akan tersenyum bila aku melarikan diri darinya. Benci…

Kali terakhir aku berjumpa dengan LTC ketika kami mengambil peperiksaan di makmal. Ketika sedang menunggu boyfriend (masa ni dah ada yang punya) menjemput aku setelah peperiksaan tamat di lobi fakulti aku mengambil kesempatan merenung dia. Selepas ini aku tak akan dapat menatap wajahnya yang kacak itu lagi. Tiba-tiba dia berjalan menuju ke arah aku. Pada mulanya aku menunggu…aku ingin sekali berbual dengan dia tetapi aku khuatir boyfriend aku pada bila-bila masa sahaja akan sampai. Kalau dia nampak macam mana? Lalu dengan perasaan bercampur-biur aku memalingkan muka disaat dia tinggal beberapa sentimeter lagi dari aku. Terasa hati aku menangis…Tapi apa kan daya dia bukan milik ku. Dia hanya berlalu tanpa aku mengetahui sebentar tadi apakah dia akan berbual dengan aku atau sebaliknya. Pertanyaan yang sehingga kini tak mungkin akan aku dapat jawapannya.

Untuk mengakhiri coretan aku yang menyebabkan aku tak tidur-tidur lagi ni…Rupa-rupanya si helmet biru sudah lama ada kekasih. Kawan karib aku ada bertembung dengan mereka di shopping mall. Aku sendiri ketika kerja part time di kedai makan ada melayan mereka. Tapi perasaan aku terhadap dia sudah jadi benci so I don’t care anymore. Cuma LTC…sampai sekarang aku terkenangkan dia. :)

Kenali cinta..

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Laman Cinta Kita


Tips untuk kekal bercinta..Bacala untuk renungan

1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.

6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

18. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.